sejarah

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

minggu ko-akademik



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, selesai sudah projek dua hari kami bersama anak-anak kelas Mutiara Kasih. Sebagai guru praktikum di SK Taman Rakan, kami berasa amat bertuah kerana berpeluang berada bersama semua warga sekolah. Tahniah kepada rakan praktikum dan paling special, kepada guru pemulihan, kak Norlaizai dan pihak sekolah yang banyak support dari belakang. terima kasih daun keladi.


 

 


mudah-mudahan kita semua diberkati..
 

anak soleh

 assalamualaikum wbt


alhamdulillah, syukur..
akhirnya dapat jumpa anak soleh ni :)


23.03.2013
muhammad hafiz

cu tokmak tokbah


Assalamualaikum wbt :)





menghitung hari untuk berjumpa budak kecil ni.
Muhammad Hafiz



20120720 Alhamdulillah Syukur


Assalamualaikum wbt


Terima kasih wahai Allah di atas nikmat usia dan kesihatan yang Engkau pinjamkan
buat aku. Terasa sangat bersyukur kerana sepanjang perjalanan hidup ini, banyak perkara
yang telah Engkau panjangkan kepada aku. Nikmat kasih sayang, kehadiran insan-insan
yang amat aku kasihi, rahmat serta rezeki yang Engkau limpahkan, semuanya sangat
mencukupi bagi diriku. InsyaAllah TuhanKu, sebagai hambaMu yang lemah, aku akan
sentiasa berdoa agar segala nikmat yang Engkau limpahkan ini dapat aku jaga dan syukuri..


 
 "ya Allah, limpahi aku dengan kasih sayang-Mu dan Rasulullah.."



20120716 Cinta Allah




Assalamualaikum wbt




"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)"
-HR Muslim



20120701 wahai muslimah



Assalamualaikum wbt


ya Allah, lindungi aku dan para muslimah di muka bumi-Mu ini
jauhi kami daripada fitnah dunia dan akhirat..



p/s : mari mempersiapkan diri kita menjelang ramadhan yang bakal menyinar
tidak lama lagi.. Kerana belum tentu lagi kita bakal bertemu ramadhan yang akan datang..


20120610 Singkap Sejarah


Assalamualaikum wbt
   
Tatkala berlakunya penghijrahan kaum Muslimin ke Madinah, Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri daripada orang Quraisy yang membuat rancangan untuk membunuh baginda.
Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah berada di dalam gua itu?
Untuk pengetahuan semua,
dikatakan cicak di dalam gua itu telah mengeluarkan bunyi dan menyebabkan Rasulullah SAW hampir diketahui. Tetapi mujurlah dengan kuasa Allah, sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua tersebut dan menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia di dalamnya. Hal ini adalah berpunca daripada sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik seperti tidak berusik.
 Allahuma Sholi'ala Muhammad.. 
 

May Allah Bless All Mama In This World :)


assalamualaikum wbt
(selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw)

M A M A . M A K . I B U . U M I . M U M M Y




there's no one in this world that can take your place
oh, I'm sorry for ever taking you for granted,
i will use every chance i get
to make you smile, whenever I'm around you
now i will try to love you like you love me
only God (Allah) knows how much you mean to me

- Maher Zain -

aku mengerti

assalamualaikum wbt




"semoga bahagia dan dipermudahkan segala urusanmu, amin.."


ya Allah, kiranya tiada cinta insan untukku..
cukuplah cinta-Mu penyuluh hidupku
semoga kelak akan hadir cinta untukku
daripada insan yang mencintai-Mu
lantas membawa ku maju mendekati-Mu



SK Serdang, UPM

.
.
assalamualaikum w.b.t



Jutaan terima kasih dan penghargaan buat guru besar Sekolah Kebangsaan Serdang (SKS),
barisan guru penolong kanan, guru-guru termasuk anak-anak didik yang telah menunjukkan
prestasi dan kerjasama yang jitu sepanjang sebulan kami bertandang di sekolah kalian.
Semoga setiap zarah kebaikan yang telah dicurahkan kalian bakal mendapat balasan
baik dan keberkatan dari-Nya. Kini, satu sejarah tercipta lagi, pastinya setiap
kebaikan yang diperoleh ini kekal dalam kotak memori kami,
guru praktikum fasa 1 IPT dan IPIS :)



shahir, aziz,syafiq, izzul, adib, yuyun, jia, bila, fifi, zainureen bersama En. Zaidy

 
p/s : tak sabar menanti sesi praktikum fasa 2. Pastinya lebih mencabar !!

Selamat Datang Abg.Mi :)


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah pada tanggal 17 Mac yang lepas, amna dan family buat pertama kali menerima kehadiran ahli keluarga baru. Bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya dapat juga mak menimang anak lelaki dan abah dapat kawan nak layan bola di astro :)


To Abg.Mi, kami sekeluarga amat mengalu-alukan kehadiran awak. Semoga ikatan di antara Kak Long Wani dengan Abg.Mi kekal hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat bagi mak & mama cucu yang comel tau. amin..













Larian Mesra 1 Malaysia

..
Assalamualaikum wbt



Berlangsung di Taman Tasik Permaisuri Jumaat lepas, Kejohanan Larian Mesra 1 Malaysia 
anjuran IPG Kampus Teknik dengan kerjasama semua pelajar 5 PISMP. Alhamdulillah,
pergerakan majlis berjalan dengan sempurna dan meriah seperti yang dirancangkan.
Tahniah kepada semua kawan-kawan sebatch terutama dari ahli majlis tertinggi kerana
telah berjaya mengendalikan tugasan pertama ini. Tidak lupa juga buat para pensyarah
pembimbing dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat ini kekal membara untuk KOT bulan depan !!



Tugasan Seterusnya : Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 IPGKPT !!
go go go !!


Tips membeli kasut sukan


Assalamualaikum wbt



Di sini saya kongsikan tips ketika membeli kasut sukan :

Beli kasut mengikut jenis sukan yang akan kita ceburi
(running shoe, walking shoe, athletic shoe etc.)

Pilih kasut yang bertapak lembut dan sesuai untuk menjalankan aktiviti lasak.
Lebih baik sekiranya jenis kusyen pada tapak tersebut ringan dan elastik.
(beri keselesaan kepada jari kaki dan tumit ketika bergerak)

Beli kasut pada waktu tengahari/petang. Hal ini adalah kerana ketika itu, kaki kita
berada dalam saiz paling maksimum iaitu mengembang sempurna :)

Pastikan kasut yang dipilih tidak terlalu ketat atau longgar.
Make sure grab kaki dan selesa ketika dipakai serta tidak menyukarkan pergerakan.
(Sarungkan kedua-dua belah kasut dan cuba berjalan ke depan dan belakang)



p/s : Tambahan, tips penjagaan kasut sukan. Cuci tapak dan badan kasut secara ringan selepas aktiviti. Pastikan tiada tanah atau kotoran melekat. Tips ini sangat membantu dalam meningkatkan
jangka hayat kasut anda. Selamat Mencuba & Assalam :)



am i so bad ?

.

.Assalamualaikum wbt





I've never told you
how scared I am of the dark
I've never told you
How much i care for you
But you know, don't you ??
You know everything..

Don't leave me alone in crowds
I'll lose my way back home
Don't sent me to places far away
where you won't even remember me
Am i so bad ??




p/s : so many times my eyes search for you and
hoping you'll come and hold me safe.. 


Wahai Wanita...

.
.

Assalamualaikum



Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda sekalian. Buat kedua ibu ayah, adik-beradik, saudara mara, serta muslimin & muslimat. Hari ini mari kita sucikan hati dan meneliti sejenak himpunan hadis baginda Rasulullah SAW


Pesanan Rasulullah SAW kepada wanita :



"Apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu"
-Rasulullah SAW menunjukkan pada muka & tapak tangan baginda
(HR Abu Daud)

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat & menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga & tidak akan cium baunya"
(HR Muslim)

"Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim"
(HR Bukhari Muslim)

"Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati sesuatu kaum supaya mereka tercium bau wanginya itu beerti dia telah berzina"
(HR Ahmad)




Justeru, jika dirujuk kembali kepada hadis-hadis di atas, maka dapat diperlihat kasihnya nabi kepada insan bernama wanita. Setiap pesanan yang ditinggalkan ini merupakan kunci kebahagiaan buat para wanita. Sekiranya diikut, insyaAllah kita semua beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.. Indahnya cinta Rasul dan sayangnya baginda pada kita sehinggakan matinya baginda pun masih mengingati umatnya, jadi kenapa tidak kita kasih padanya ??

bait-bait hariku....

 .
.
Assalamualaikum



 Pertamanya, mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan nikmat kesihatan dan rezeki sehingga ke saat ini. Alhamdulillah... Btw, korang dah sedekahkan al-fatihah pada mak dan ayah belum ? Kalau belum, silakan.. ayuh, bismillahirahmanirahim... al-fatihah...



Pagi tadi dapat berita pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu merangkap bekas pensyarah yang pernah mengajar saya sewaktu pre dan semester satu kini berada dalam keadaan kritikal. Beliau yang didiagnosis menghidapi kanser perut tahap 4 sejak 2 bulan lepas kini bercuti dan menjalani kehidupan bersama anak-anak dan isteri. Bila teringatkan beliau, hati meruntun sebak. Ntah la, banyak dah jasa beliau pada kami semua. InsyaAllah semua ilmu yang diturunkan akan kami panjangkan kepada anak didik dan yang lain agar pahalanya sentiasa dilimpahkan kepada encik. amin..



 Encik Awang Ismail,
Apa pun yang berlaku semua dengan kehendak Nya
Percayalah, kami anak didikmu tidak akan pernah putus berdoa
dan berharap kepada Allah s.w.t agar meringankan
kesakitan yang encik tanggung selama ini. InsyaAllah...



p/s : Pertemuan beberapa minggu yang lalu persis jelas keceriaanmu. Namun aku tahu, jauh di dalam tersembunyi berjuta penderitaan. Perwatakanmu yang disenangi ramai akan membuatkan dikau sentiasa dalam hati kami. Setulus kasih buatmu.. Semoga dikau kuat mengharungi kehidupan ini  :') 
 

Ya Ummah !

.
.

Assalamualaikum

Mari Sama-Sama Kita Sebut...



ya Allah, aku sedekahkan al-fatihah ini buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,
bapaku, ____________________   juga ibuku, _______________________
guru-guru yang selama ini mendidikku, saudara mara, jiran tetangga, 
muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau mati, serta diri ini..

Semoga dengan berkat dan rahmat-Mu kami sentiasa dalam lindungan dan petunjuk-Mu




amin...


p/s : jangan pernah lupa sedekah al-fatihah lepas solat tau..
*ingatan buat amna juga

Sunnah Minum Air

.
.
.
assalamualaikum



Mungkin ada sebahagian yang sudah maklum akan perkara ini. Namun, untuk makluman berikut saya kongsikan sunnah Rasulullah ketika menikmati air minuman :



( Gambar sekadar hiasan )

1.  Memegang gelas menggunakan tangan kanan
2.  Membaca basmallah sebelum mula meneguk air
3.  Minum air dengan kiraan 3 nafas
4.  Minum dalam keadaan duduk (jika tiada tempat duduk, diharuskan berdiri)
5.  Elakkan bernafas dalam gelas (helakan nafas ke luar gelas)
6.  Jangan minum selepas melakukan aktiviti berat




p/s : menghabiskan baki minuman orang yang warak juga adalah digalakkan, untuk mendapat berkat. Selain itu, ia dikatakan juga mampu mengubati pelbagai penyakit :)



putaran hidup

.
.
.
assalamualaikum



( gambar sekadar hiasan )
 

hidup ni betul-betul macam roda. semua benda yang kita dah pernah buat pasti akan berulang dan ulang dan ulang. Begitu juga dengan perkara yang kita pernah lakukan pada orang lain. Bak kata Mahatma, hukum karma. jadi, sekiranya kita mengalami masalah atau derita atas sebab-sebab yang kita tak sangka-sangka, cuba kita lihat kembali salasilah diri kita. Role semula kitaran hidup kita, mesti ada point penyebab berlaku sesuatu tu.

ingat, Allah menciptakan sesuatu pasti dengan sebab tertentu.. ingatan buat amna dan kawan-kawan, jangan pernah menyesal dengan perkara yang telah berlaku tetapi cerminlah diri kita dan berubahlah atas kesedaran diri sendiri seikhlasnya  :)