sejarah

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

20120512 Terima Kasih







maaf kerana terpaksa melakukan tindakan dalam sedar
namun apa kudrat dan kekuatan yang bisa melawan sekiranya
itulah satu-satunya jalan terbaik untuk melepaskan perasaan ini jauh


bukan dengan niat memutuskan perkenalan yang terjalin
tetapi hanya dengan sebab ingin membentuk situasi lebih baik
insyaAllah perkenalan akan kekal terutus walaupun tanpa perkhabaran
cukuplah sekadar hadir mu dalam setiap du'a ku insyaAllah..

sesungguhnya aku percaya bahawa setiap perkara yang Dia utuskan
mempunyai sebab tertentu yang perlu kita terima sebagai qadha-Nya
sekiranya ada rezeki, bertemu kembali kita di lembaran lain
mudah-mudahan setiap daripada kita beroleh caturan terbaik dari-Nya.

Maha Suci Allah, aku akan berusaha agar menjadikan
setiap kenangan dan memori sebagai kenangan yang berlalu..
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku
biarpun untuk sementara :') 
  Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya
Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
 
   p/s : in love there is no guarantee. To release this heart that has chained.. I'll let you go
Kini aku percaya bahawa bukan semua yang kita suka akan benar-benar membahagiakan.
Dalam pada kebahagiaan, terdapat juga ranting-ranting tajam yang akan buatkan kita
sedar di mana kita perlu berpijak. Maaf zahir dan batin


stay . silent . speechless
 

aku mengerti

assalamualaikum wbt




"semoga bahagia dan dipermudahkan segala urusanmu, amin.."


ya Allah, kiranya tiada cinta insan untukku..
cukuplah cinta-Mu penyuluh hidupku
semoga kelak akan hadir cinta untukku
daripada insan yang mencintai-Mu
lantas membawa ku maju mendekati-Mu



flashmob !!

.
.
Assalamualaikum


Flashmob :
Perhimpunan sekumpulan manusia secara tiba-tiba di tempat awam untuk melakukan
aksi luar biasa seperti menari dan berlakon. Aksi yang sebenarnya telah dirancang dan dipersetujui
oleh kesemua ahli yang terlibat dalam persembahan ini akan dilakukan dalam masa yang singkat
(6-8 minit) dan bersurai setelah selesai. Kebiasaannya, flashmob dilakukan untuk membuat kejutan
kepada seseorang atau untuk berhibur. 


Contoh Video Flashmob : Siti Nurhaliza-Falling In Love



Gambaran para peserta Flashmob yang sedang gait berlatih
sementara menjelang hari Kejohanan Olahraga IPGKPT Ke-50
Semoga persembahan gimik kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar & sempurna..


Terima Kasih Banyak Bro Jai  !!
 



Larian Mesra 1 Malaysia

..
Assalamualaikum wbt



Berlangsung di Taman Tasik Permaisuri Jumaat lepas, Kejohanan Larian Mesra 1 Malaysia 
anjuran IPG Kampus Teknik dengan kerjasama semua pelajar 5 PISMP. Alhamdulillah,
pergerakan majlis berjalan dengan sempurna dan meriah seperti yang dirancangkan.
Tahniah kepada semua kawan-kawan sebatch terutama dari ahli majlis tertinggi kerana
telah berjaya mengendalikan tugasan pertama ini. Tidak lupa juga buat para pensyarah
pembimbing dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat ini kekal membara untuk KOT bulan depan !!



Tugasan Seterusnya : Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 IPGKPT !!
go go go !!


Dia Maha Tahu...

.
 .
Assalamualaikum

 


Ya Allah...
seandainya telah tersurat dia bukan milikku
luputkanlah dia dari ingatanku
sirnakan jauh perasaanku terhadapnya
ragutlah kembali impianku yang mengunung tinggi
kerana aku mengerti akan caturan-Mu ya Rabb
sekuat sehebat kekuatan yang Engkau kurniakan ini
sangat cukup untuk aku menghadapi takdir-Mu
aku redha atas segalanya..


Ya Allah,
aku percaya setiap yang hilang pasti berpengganti
telah Engkau ciptakan setiap perkara dengan penyebabnya
satu yang aku pinta, tumbuhkan kembali yang telah musnah
dan bangunkan semula yang kian rapuh :')
sesungguhnya aku mengharapkan belas kasih-Mu..



p/s : lihat dan pandang ke hadapan. Titi sebaiknya jalan yang bakal diharungi
Semoga Allah permudahkan urusan kita seterusnya. aminn...

experiencing....

.
.
Assalamualaikum




Syukur kehadrat Ilahi atas kurnia-Nya ku masih mampu mengharungi kehidupan kini.
Berbekalkan anugerah kudrat empat kerat serta nikmat kesihatan yang ku gagahi ini,
aku mampu meneruskan hari-hari aku sebagai S.A selama genap sebulan insyaAllah..
Alhamdulillah syukur...
 


p/s : wherever you go, make sure that your heart totally there !! please enjoy it..


rayer...

 .
.
assalamualaikum




Jika kau telah banyak mengetahui pelajaran tentang hidup ini,
selanjutnya belajarlah untuk menerima semua akibat 
perbuatanmu dengan hati yang terbuka...



p/s : Keputusan untuk memulakan perjalanan pada sebelah malam tidak
seindah disangka. Nampak kesesakan kali ni lebih teruk daripada cuti aidilfitri yang lepas.

MOTIVASI

.
.
assalamualaikum





Sesiapa pun suka terima galakan atau ransangan positif kan.. So, senang cerita, motivasi atau kata peransang adalah penting kepada manusia. Terlanjur cerita, ni nak share beberapa teknik memotivasikan murid-murid atau kanak-kanak dan remaja yang sudah bersekolah.
*tips ni saya share daripada pengalaman yang dihadapi sewaktu zaman persekolahan dulu... 


motivasi : keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha melakukan sesuatu dengan tujuan mencapai kejayaan (kamus dewan)


1. Berikan peluang serta ruang untuk murid mencuba sesuatu pekerjaan sehingga habis.
*murid akan belajar sesuatu daripada pengalaman sendiri


2. Menjadi pemantau atau fasilitator dalam setiap aktiviti kelas yang dilakukan.
*agar mereka rasa selamat


3. Sentiasa mengalakkan murid mencapai tahap tertinggi.
*merasakan bahawa guru mempercayai kebolehannya


4. Bersedia menjawab segala pertanyaan murid.
*"oh, care la cikgu aku nih... yeay!"


5. Membetulkan kesalahan (tugasan) murid dengan cara berhemah.
*jangan campur adukkan masalah emosi kita dengan kerja (guru)


6. Elakkan mengkritik secara terang-terangan apabila berlaku kesilapan.
*ini akan mematikan semangat murid !!


7. Puji murid setelah selesai menyelesaikan tugasan walaupun hasilnya tidak seberapa.
*insyaAllah pencapaian mereka akan meningkat kemudiannya..


8. Berikan tips-tips berguna agar mereka dapat tingkatkan pencapaian
dalam tugasan-tugasan seterusnya. Maklumat tambahan adalah sangat digalakkan.
*So, tidak timbul persoalan dalam diri murid coz guru dah beri panduan how n why :)




p/s : tips untuk amna bila bergelar cikgu nanti.. ingat yer :)
terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar amna. InsyaAllah jasa kalian
akan dikurniakan balasan yang setimpal dengan amal kalian mendidik kami.. insyaAllah..


Memorable momment of the MONTH

.
.
assalamualaikum

( Mr. Danial the Master )






Mr. L : Hi sorry for the accident..
Me : It's OKay. I know it's accidentally occur
Mr. L : How was everything ?
Me : Going well. Mr. Danial just sending my car to Lumayan
Mr. L : Did he tell you how much it cost ?
Me : Yup, around 1K
Mr. L : Okay! Thanks and safe journey back to Johor
Me : Oh ya, please call Mr.Danial to return your balance. TQ



*It's took place at Shine Car Sallon, Tasik Permaisuri KL



terkilan



.
.
assalammualaikum


Semalam tiada kuliah namun datang juga kampus atas urusan lain. Kena jumpa lecturer, hantar rejister, bincang pasal persediaan Pameran Bahan Bantu Mengajar dll. So, nak beritahu minggu depan, Rabu dan Khamis akan berlangsung Pameran Alat Bantu Mengajar (Pemulihan Khas) di IPGM Kampus Teknik, Jalan Yaacob Latif. Semua dijemput hadir ! :)



 

MAKLUM : rasa sangat terkilan di atas kes 20 ABM kelas kami yang telah diserahkan (tanpa pengetahuan) kepada pihak-pihak tertentu. Bila difikirkan kepentingan kepada pihak tersebut dan anak bangsa memang tidak dapat disangkal, tapi mengapa tidak dimaklumkan terlebih dahulu...


Faktor tenaga, masa, komitmen dll semua itu perlu diambil kira sepatutnya. ABM tersebut juga pasti berguna kepada kami untuk berpraktikum dan proses audit MQA semester depan. Namun, disebabkan perkara sebegini, semuanya akan menjadi masalah buat kami (pelajar).


Apabila ditanya dengan individu berkenaan apakah tindakan yang boleh diambil, beliau langsung menyatakan "saya tidak dapat nak tolong, cuba usahakan cari ABM subjek lain".







T.T
(sedih . kecewa . terkilan)

Julung kali ni..

.
.
assalammualaikum




Alhamdulillah, hari ni selesai test Seni Dalam Pendidikan. So, hari ni habis-habis je paper terus gerak ke Serdang! Bukan nak pergi cari makan, jumpa kawan ke apa.. tapi pergi hanya sekadar nak TENGOK sekolah :)


SK Serdang, Kompleks Pertanian, UPM


Hata, dengan penuh takzimnya, saya dan 5 lagi guru pelatih IPGKPT akan ber-praktikum selama 4 minggu di sana. Then, disebabkan ini praktikum pertama untuk kami, jadi dengan semangat berkobar, hari ni lagi saya dah pergi ke sana menjengguk sekitar sekolah. Teringin nak lihat persekitaran, suasana, jarak & masa semua sebagai persediaan awal before tarikh sebenar.  (praktikum start Mac 2012)

   
 ( sekitar sekolah pada 00:13:05 ) 


Nampak gayanya, semester depan kena banyak berjimat. Belanja untuk perjalanan sahaja, untuk tol sebulan dah dekat RM50. Itu belum masuk minyak, makan, maintenance, ABM dan lain-lain lagi. That's why la, selalu dengar senior 'kering poket' sebelum masanya.. rupanya banyak pakai duit. Tapi takpe, ni kira pengorbanan la kan. good work kakak-kakak dan abang-abang! now, giliran kami untuk teruskan pengorbanan tu. InsyaAllah


p/s : harap dapat survive masa praktikum nanti. buat kawan lain, nabila, fifi, adib, aziz dan shahir GOOD LUCK! ni la medan sebenar kita nak uji segala skill dan keberanian yang ada :)
  

Ah! tidak......

assalamualaikum

   
anak kelasi membongkar sauh,
layarnya pula terkoyak kain,
walaupun kaki melangkah jauh,
janganlah lupa tempat bermain..

 
p/s : esok perlu gerak pulang ke KL coz lusa dah start kuliah !


Pray for a save journey HOME...

 

Selamat tinggal Bandaraya Islam... Kini ku kembali ke pucuk sebenar

oh, I miss home !!

mesti lebih tenang

assalamualaikum
masuk pagi tadi, sudah 3 hari kami berSBE di *SKSI4
alhamdulillah semua kerja yang dibekalkan lecturer
dapat diselesaikan sebahagiannya dengan bantuan
guru-guru di sini. Terima kasih daun keladi !
now kena rehat sebab esok kena jadi bidang terjun
untuk sediakan  *RPH murid-murid !
 for sure akan kena relief kelas MT dan BI tahun 3
get ready aaa... ZzZzZ... 


 be careful ! May become HOT  hahaha


ternyata bukan senang nak handle kelas berkapasiti 3+ murid 
*SKSI4 = Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4
*RPH = Rancangan Pengajaran Harian 

Mengapa Dengki ?? Puasa tak ni...


Assalamualaikum
 

إِيَّاكُمْ وَاْلحَسَدَ فَإِنَّ اْلحَسَدَ يَأْكُلُ اْلحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ اْلحَطَبَ

Jauhilah oleh kamu sikap hasad (dengki) kerana sesungguhnya
dengki itu memakan kebaikan-kebaikan (pahala)
sebagaimana api memakan kayu bakar...
 
 
 
 Rasa agak kecewa dengan sikap sesetengah daripada kita
yang suka buat perkara BODOH dalam keadaan yang tak sepatutnya
 
 
 
 
apa motif ?
nak orang rasa marah ?
bangga buat orang sakit hati ?
suka bila tengok orang pecah belah ?
atau dapat gelak guling-guling tengok keletah orang len risau ?
 
 
kepada Si Pembuang Sampah yang addicted sangat dengan
halaman rumah sewa kami ni, bawa-bawalah bertaubat...
Pintu Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya :) 
 
 
p/s : dah 8 malam muncul plastik berisi sampah di
hadapan rumah sewa kami. kerja dilakukan dalam jam 1am-5am

dah buat salah pandai lari eh !!



assalamualaikum

baru beberapa minit lepas call dari rumah..
" mana boleh biar, kena hantar bengkel takut berkarat nanti lagi susah "

feh, geram tahap dewa cakap lu.. mana tak baran bila diteriak agar
segera mengambil tindakan terhadap kemalangan yang berlaku
tragedi berlaku ketika di kampus, kereta aku telah digesel oleh 'somebody'
yang parking kereta sebelah aku. dah la gesel, lepas tu tak bertanggungjawab !
mcm tu je dia lari.. nama je belajar pedagogi, tcher to be tapi bila berdepan
dengan benda macam ni tak leh handle. bukan nak g jumpa aku, deal ke cmne..

takpe takpe.. dalam minggu ni aku akan cari 'somebody' tuan punya kereta tu
aku rasa aku tau siapa, coz kejadian tu berlaku dalam jangka masa
8.00 pagi - 12.30 tengahari
( kawasan tu parking lot utk student, kalau di IPG, rate antara masa ni kelas
memang full, so kebarangkalian ada kereta lain yang berganti parking adalah kurang )
aku perasan dah hilang cat tu masa nak balik rumah, time tu baru aku perasan yang
takda kereta yang parking sebelah kereta aku ( bahagian yang calar )

so, aku nak p cari klue-klue di beberapa buah kereta produa viva putih !


p/s : kalau la tuan kau ni betul2 matang, apa salahnya datang jumpa aku personal
so, takde la aku bengang je dengan kau, siap mention kt blog ni tau dak :E


julai 2008 - mei 2011

assalamualaikum

( sambil berkumandang lagu sedih 'janji manismu' Aisyah )
* terasa pedih dihalau oleh pihak pengurusan asrama ;'( 


selamat tinggal kenangan...

 
- borak-borak sambil menatap keindahan blok Tun Mahathir kesayangan KAMI -

 
- berkumpul bersama kawan-kawan buat kerja penuh privacy dalam bilik sendiri -

 - jadi pelatih berwibawa | catat setiap pergerakan keluar masuk hostel -

- bergambar kenangan depan cermin sakti bima sebelum keluar makang-makang -


selepas ini, bermula la kehidupan baru 
sebagai manusia yang lebih....

- selalu call rumah ( poket kosong abah... nak makan ape.. )
- prihatin ( menjaga keamanan dan kesejahteraan rumah sewa )
- berpandangan jauh ( sentiasa fikir program / lokasi baru nak jalan )
- pakar matematik bertauliah ( buat kira-kira utk belanjawan, saving dll )

insyaAllah...


p/s : semoga teman serumah dapat menerima aku seperti mana aku menerima teman
( dengan nada touching habih dah ni.. jap g nak runding pasal deposit )

perspektif !


kali ni takde ikrar atau janji setia
sekadar haptik yang aku luah dalam diri ni
biaq p la semua yang duk aku duk pikir ni. alah, x hamak pun daa


p/s : there was a few of man in this world. which one is you ? just u know urself ^^

haih..


 tak faham bahasa na.. haiyaa.
letih la. bape kali aku nak cakap buat biasa ja, hang sibuk duk tanya aku
ngape ngape. aku bukan pa. malas la nak kabo.. kan 'berdiam tu lebih baik drpd berkata-kata'
then so ? okay, chill-chill je la bro.. hang buat keja hang, aku duk ngadap hidup aku ^^

 p/s : buat pgetahuan, hang tadak pun buat salah pe. just aku nak hang 'ghase' that's the point
bukan nak balas dendam, cuma nak 'main-main' ja. for everything i done, im sorry

hurt

not felt , but feel
feel what , sad lah ! 


dear friend, even though we are good friends, what's wrong if we just take care of each other?
care on people's feelings? maybe I'll even do the same to you then I'm sorry.. k

p/s : behave better is better than hurting  ;'(