sejarah

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

20120716 Cinta Allah




Assalamualaikum wbt




"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)"
-HR Muslim



20120701 wahai muslimah



Assalamualaikum wbt


ya Allah, lindungi aku dan para muslimah di muka bumi-Mu ini
jauhi kami daripada fitnah dunia dan akhirat..



p/s : mari mempersiapkan diri kita menjelang ramadhan yang bakal menyinar
tidak lama lagi.. Kerana belum tentu lagi kita bakal bertemu ramadhan yang akan datang..


20120610 Singkap Sejarah


Assalamualaikum wbt
   
Tatkala berlakunya penghijrahan kaum Muslimin ke Madinah, Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri daripada orang Quraisy yang membuat rancangan untuk membunuh baginda.
Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah berada di dalam gua itu?
Untuk pengetahuan semua,
dikatakan cicak di dalam gua itu telah mengeluarkan bunyi dan menyebabkan Rasulullah SAW hampir diketahui. Tetapi mujurlah dengan kuasa Allah, sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua tersebut dan menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia di dalamnya. Hal ini adalah berpunca daripada sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik seperti tidak berusik.
 Allahuma Sholi'ala Muhammad.. 
 

20120530 kemurungan


Assalamualaikum wbt

 


K E M U R U N G A N
menggambarkan perubahan emosi yang drastik. Emosi yang lahir ini tidak
lagi normal tetapi merupakan suatu penyakit yang perlu dirawat segera.


Bahaya Kemurungan
Penyakit ini boleh merosakkan diri melalui pelbagai aspek seperti ketiadaan tenaga,
motivasi, tidak bermaya dan sebagainya. Pesakit juga kerap menimbulkan permasalahan
dengan orang lain akibat tidak menjalankan tugas seharian dengan baik,
hilang pertimbangan, tiada kawalan diri & melibatkan kes bunuh diri.


Tanda-Tanda Kemurungan
Perasaan sedih, tidak gembira berlarutan.
Perubahan biologi seperti perubahan waktu tidur.
Berat badan bertambah/berkurang.
Hilang selera makan & nafsu seks.
Hilang tenaga & sakit-sakit badan.
Kurang daya tumpuan & mudah lupa.
Rasa bersalah keterlaluan.
Tiada keyakinan & putus harapan.
Rasa tidak berguna. dsb.



p/s : ayuh tangani setiap masalah yang hadir dengan penuh berhemah..
Usaha dan tawakal adalah jalan terbaik. Mudah-mudahan kita semua terhindar
daripada hasutan iblis yang melalaikan. amin :)


Ya Ummah !

.
.

Assalamualaikum

Mari Sama-Sama Kita Sebut...



ya Allah, aku sedekahkan al-fatihah ini buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,
bapaku, ____________________   juga ibuku, _______________________
guru-guru yang selama ini mendidikku, saudara mara, jiran tetangga, 
muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau mati, serta diri ini..

Semoga dengan berkat dan rahmat-Mu kami sentiasa dalam lindungan dan petunjuk-Mu




amin...


p/s : jangan pernah lupa sedekah al-fatihah lepas solat tau..
*ingatan buat amna juga

MOTIVASI

.
.
assalamualaikum





Sesiapa pun suka terima galakan atau ransangan positif kan.. So, senang cerita, motivasi atau kata peransang adalah penting kepada manusia. Terlanjur cerita, ni nak share beberapa teknik memotivasikan murid-murid atau kanak-kanak dan remaja yang sudah bersekolah.
*tips ni saya share daripada pengalaman yang dihadapi sewaktu zaman persekolahan dulu... 


motivasi : keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha melakukan sesuatu dengan tujuan mencapai kejayaan (kamus dewan)


1. Berikan peluang serta ruang untuk murid mencuba sesuatu pekerjaan sehingga habis.
*murid akan belajar sesuatu daripada pengalaman sendiri


2. Menjadi pemantau atau fasilitator dalam setiap aktiviti kelas yang dilakukan.
*agar mereka rasa selamat


3. Sentiasa mengalakkan murid mencapai tahap tertinggi.
*merasakan bahawa guru mempercayai kebolehannya


4. Bersedia menjawab segala pertanyaan murid.
*"oh, care la cikgu aku nih... yeay!"


5. Membetulkan kesalahan (tugasan) murid dengan cara berhemah.
*jangan campur adukkan masalah emosi kita dengan kerja (guru)


6. Elakkan mengkritik secara terang-terangan apabila berlaku kesilapan.
*ini akan mematikan semangat murid !!


7. Puji murid setelah selesai menyelesaikan tugasan walaupun hasilnya tidak seberapa.
*insyaAllah pencapaian mereka akan meningkat kemudiannya..


8. Berikan tips-tips berguna agar mereka dapat tingkatkan pencapaian
dalam tugasan-tugasan seterusnya. Maklumat tambahan adalah sangat digalakkan.
*So, tidak timbul persoalan dalam diri murid coz guru dah beri panduan how n why :)




p/s : tips untuk amna bila bergelar cikgu nanti.. ingat yer :)
terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar amna. InsyaAllah jasa kalian
akan dikurniakan balasan yang setimpal dengan amal kalian mendidik kami.. insyaAllah..


Fakta ais krim (share)


.
.
assalamualaikum




 
Setelah hampir 4 hari berada di rumah, baru hari ni dapat makan
feveret ais krim 'calong'. Blurpp! 3 scop sekali kau jah.. delicious marvelous!
So, dengan bangganya bolehlah dikatakan hari ni rasa teruja sangat
coz dapat kembali ke 10-12 tahun lampau kononnya pas makan ais krim ni :)


Nah, FAKTA bukan auta hasil kongsian google :


 1. Perisa ais krim paling popular adalah vanilla, coklat, peanut, strawberry, mint coklat


2. Ais krim (kek) terbesar adalah seberat 12 096 pound GBRecord


 3. Udara merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan ais krim


 4. Lebih daripada 50 jilatan diperlukan untuk menghabiskan satu skop ais krim


 5. Sirap coklat adalah topping paling popular dan best di dunia


 6. Rekod ais krim paling mahal adalah di Itali iaitu berharga $1,000 secawan


 7. Lebih 50% daripada ais krim di dunia adalah dari USA


 8. Hari Ahad merupakan hari yang paling banyak permintaan ais krim


 9. Industri ais krim di dunia mencecah $11 billion


 10. Iklan ais krim yang pertama di dunia telah disiarkan pada tahun 1777


 11. Cara membuat ais krim ditemui oleh lelaki berbangsa Perancis iaitu Gerald Tissain pada tahun 1620 




Koktail Buah (share)

.
.

assalamualaikum
 
 

 

Bahan-Bahan

Kuah
- 5 sudu tepung Kastart
- Susu Pekat 1 tin
- Susu Cair 1 tin
- Gula Pasir
- Ice cream soda 600ml
- Air


Buah campuran
- Buah Campur 2 tin
- Buah Laici 1 tin
- Buah Peach 1 tin
- Nataa De Coco 1 bekas
- Puding Mangga / puding kastart
( boleh diubah suai mengikut cita rasa )


Cara Penyediaan

Kuah
1. Panaskan periuk dan masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin susu pekat
2. Kacau sebati dan masukkan 1 cawan air dan 4 sudu gula
3. Bancuh 5 sudu tepung kastart (dengan air) kemudian masukkan ke dalam ramuan susu tadi
4. Masak sehingga mendidih dan sejukkan


Buah Campuran
1. Buka semua tin buah-buahan dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan kuah yang telah sejuk tadi dan kacau sebati
3. Masukkan air ais cream soda dan ais
4. Potong puding mangga (saiz ikut suka) dan campurkan
4. NOW, Sedia untuk dihidang !



~  SELAMAT MENCUBA ~

fast-food


.
.

assalamualaikum



Malam ni tak larat nak buat kerja berat-berat, lepas blogwalking kejap lagi,
rasanya terus masuk tidur. Letih sangat berkawad petang tadi, bantai 3 bunga kowt..
( pertandingan kawad formasi next week! ). So, dengan tenaga yang minima ni saya
nak share info daripada wordpress somebody ni, kejap tadi.
Alkisahnya tentang fast food :)


(google's engine)




Bagaimana fast-food diperbuat ??

Pernahkah anda terfikir atau pernah mengetahui bagaimana daging burger, nugget,
sosej, meatball yang banyak dijual secara komersial di Tesko, Giant tu semua dihasilkan ?

Nah, ini antara ramuan wajib dalam pembuatan makanan segera seperti yang di-mention di atas :
Kulit , buntut, stok ayam, perasa ayam, MSG dan lemak.



INFO sampingan :

- Penghasilan daging burger lembu adalah melalui proses Trimming,
iaitu mencampurkan bahagian daging yang tidak terjual kerana terlalu banyak lemak.


- Daging burger dan sosej akan mengunakan MRM (Mechanically Recovered Meat)
*Proses mencampurkan semua bahagian termasuk tulang ke dalam mesin untuk
dihancurkan hingga texture-nya sama seperti isi ayam dan daging sebenar.


- Bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam proses MRM adalah seperti Protein Soya,
Pestured Vegetable Protein, MSG, Stok ayam/daging dan lain-lain bahan kimia. 



Jadi, fikir-fikirkan dan selamat menguruskan aspek pemakanan anda !



Sunnah Minum Air

.
.
.
assalamualaikum



Mungkin ada sebahagian yang sudah maklum akan perkara ini. Namun, untuk makluman berikut saya kongsikan sunnah Rasulullah ketika menikmati air minuman :



( Gambar sekadar hiasan )

1.  Memegang gelas menggunakan tangan kanan
2.  Membaca basmallah sebelum mula meneguk air
3.  Minum air dengan kiraan 3 nafas
4.  Minum dalam keadaan duduk (jika tiada tempat duduk, diharuskan berdiri)
5.  Elakkan bernafas dalam gelas (helakan nafas ke luar gelas)
6.  Jangan minum selepas melakukan aktiviti berat




p/s : menghabiskan baki minuman orang yang warak juga adalah digalakkan, untuk mendapat berkat. Selain itu, ia dikatakan juga mampu mengubati pelbagai penyakit :)



Tips Menjadi Peramah

.
assalamualaikum



  


Sabda Rasulullah s.a.w
 " Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu
iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan
menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis 
serta panggillah dengan nama yang paling disenangi "
( riwayat Al-Tabrani )


" senyum . jangan mengkritik . buat orang lain rasa penting " 



Lelap / Tidur Dalam Solat ?



Assalamulaikum


Sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat 
Adakah solat akan terbatal ?





Jawapan : 

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat
dan perkara ini tidaklah membatalkan solat & wudhuk.
Walaubagaimana pun, jika kita benar-benar tertidur ketika solat,
maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut :

1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang 
duduk iaitu punggung kita berada tetap 
di atas lantai, tidaklah batal solat.
 
2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang
berdiri atau sedang rukuk atau sujud,
batallah solat mengikut pandangan yang
muktamad dalam mazhab Syafiie.


Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi
dalam kitabnya “al-Majmuk” :
“Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika
sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal
solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie)"



Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya
(dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. 

Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya :
“Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan
bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya”

 
(Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).

sumber dari Sohibul Bait

Pertolongan Cemas Strok/Angin Ahmar

.
,
Assalamualaikum



INFO
Serangan strok akan menyebabkan darah di seluruh tubuh mengalir
kencang menuju ke pembuluh darah di otak. Akibatnya, pembuluh darah
tidak akan dapat menahan rintangan tersebut lalu pecah sedikit demi
sedikit dan terjadilah STROK atau ANGIN AHMAR !! 



  Teknik-teknik berikut akan dapat membantu pesakit awal :


 Memastikan pesakit berada di tempat asal dia jatuh
Proses pemindahan sebenarnya akan mempercepatkan
berlakunya pemecahan pembuluh darah halus di otak pesakit.
Cukup sekadar beri keselesaan dan mengelak kecederaan lain



Mengeluarkan Darah Pada Hujung Jari
Mengambil jarun suntik atau jarum jahit yang tajam dan bersih
*sterilkan jarum terlebih dahulu (elak jangkitan)
Lakukan TUKUSAN 1cm pada 10 hujung jari tangan pesakit
sehingga setiap satunya mengeluarkan 1 titisan darah.
*picit jari sekiranya darah masih tidak dapat keluar
InsyaAllah, 10 minit kemudian pesakit akan kembali sedar.



Mengeluarkan Darah Pada Hujung Cuping Telinga
Sekiranya mulut pesakit nampak senget, mencong atau tidak normal,
pembantu disarankan menarik telinga pesakit ke atas sehingga merah.
Seterusnya, lakukan TUSUKAN pada bawah cuping telinga pesakit
sehingga mengeluarkan darah sebanyak 2 titik pada setiap bahagian.
*InsyaAllah, dalam beberapa minit, mulut pesakit kembali normal
 

BAWA PESAKIT KE HOSPITAL DALAM KADAR SEGERA


p/s : kalau la saya tahu teknik ini sejak dulu lagi, mungkin akan
dapat membantu arwah nenek ketika dia jatuh di bilik air dulu :'(

DARSITA edited

Puasa & 4K

..


Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersempena hari pertama berpuasa, IPGKPT telah
menganjurkan program Ihya' Ramadhan bersamaan perhimpunan bulanan.
Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah berkaitan amalan puasa.
 Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Harliza Hj. Siraj




 PUASA  &  KESIHATAN


Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
dengan niat sengaja, dan diwajibkan ke atas individu yang berkuasa
dari terbit fajar hingga terbenam matahari hari tersebut.



1.  Puasa & kesihatan emosi
* Keyakinan kepada Allah meningkat
* Mengukuhkan kebergantungan kepada Allah
* Mengingatkan manusia agar mendampingi Allah
* Mendidik manusia agar tidak mudah putus asa


2.  Puasa dan kesihatan fizikal
* Menyegarkan tubuh badan
* Merehatkan organ-organ dan otot
* Mengubati beberapa jenis penyakit (pantang)
* Membentuk disiplin pemakanan dan gaya hidup sihat


3.  Puasa dan kesihatan Reproduksi
* Membina hubungan persefahaman yang lebih utut
 * Meningkatkan kualiti hubungan seksual suami isteri
* Mengawal nafsu syahwat dalam batasan yang dibolehkan


4. Puasa dan kesihatan sosial
* Mengelakkan penindasan antara manusia
* Merapatkan hubungan antara jiran dan rakan sekerja
 * Mengutamakan orang yang lebih kurang bernasib baik
* Pekerjaan berjalan lancar dan mengikut etika dan syariah
  


" ...amalan berpuasa akan dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara
keseluruhannya. Oleh demikian, perbanyakan amalan dan ibadah kerna setiap
darinya akan digandakan ganjaran oleh Allah SWT. InsyaAllah, wasalam.. " 



p/s : jangan lupa niat puasa esok, buat yang belum niat puasa sebulan tu.. ^^