Assalamualaikum wbt
K E M U R U N G A N
menggambarkan perubahan emosi yang drastik. Emosi yang lahir ini tidak
lagi normal tetapi merupakan suatu penyakit yang perlu dirawat segera.
Bahaya Kemurungan
Penyakit ini boleh merosakkan diri melalui pelbagai aspek seperti ketiadaan tenaga,
motivasi, tidak bermaya dan sebagainya. Pesakit juga kerap menimbulkan permasalahan
dengan orang lain akibat tidak menjalankan tugas seharian dengan baik,
hilang pertimbangan, tiada kawalan diri & melibatkan kes bunuh diri.
Tanda-Tanda Kemurungan
Perasaan sedih, tidak gembira berlarutan.
Perubahan biologi seperti perubahan waktu tidur.
Berat badan bertambah/berkurang.
Hilang selera makan & nafsu seks.
Hilang tenaga & sakit-sakit badan.
Kurang daya tumpuan & mudah lupa.
Rasa bersalah keterlaluan.
Tiada keyakinan & putus harapan.
Rasa tidak berguna. dsb.
p/s : ayuh tangani setiap masalah yang hadir dengan penuh berhemah..
Usaha dan tawakal adalah jalan terbaik. Mudah-mudahan kita semua terhindar
daripada hasutan iblis yang melalaikan. amin :)
























