sejarah

Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

minggu ko-akademik



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, selesai sudah projek dua hari kami bersama anak-anak kelas Mutiara Kasih. Sebagai guru praktikum di SK Taman Rakan, kami berasa amat bertuah kerana berpeluang berada bersama semua warga sekolah. Tahniah kepada rakan praktikum dan paling special, kepada guru pemulihan, kak Norlaizai dan pihak sekolah yang banyak support dari belakang. terima kasih daun keladi.


 

 


mudah-mudahan kita semua diberkati..
 

SK Serdang, UPM

.
.
assalamualaikum w.b.t



Jutaan terima kasih dan penghargaan buat guru besar Sekolah Kebangsaan Serdang (SKS),
barisan guru penolong kanan, guru-guru termasuk anak-anak didik yang telah menunjukkan
prestasi dan kerjasama yang jitu sepanjang sebulan kami bertandang di sekolah kalian.
Semoga setiap zarah kebaikan yang telah dicurahkan kalian bakal mendapat balasan
baik dan keberkatan dari-Nya. Kini, satu sejarah tercipta lagi, pastinya setiap
kebaikan yang diperoleh ini kekal dalam kotak memori kami,
guru praktikum fasa 1 IPT dan IPIS :)



shahir, aziz,syafiq, izzul, adib, yuyun, jia, bila, fifi, zainureen bersama En. Zaidy

 
p/s : tak sabar menanti sesi praktikum fasa 2. Pastinya lebih mencabar !!

flashmob !!

.
.
Assalamualaikum


Flashmob :
Perhimpunan sekumpulan manusia secara tiba-tiba di tempat awam untuk melakukan
aksi luar biasa seperti menari dan berlakon. Aksi yang sebenarnya telah dirancang dan dipersetujui
oleh kesemua ahli yang terlibat dalam persembahan ini akan dilakukan dalam masa yang singkat
(6-8 minit) dan bersurai setelah selesai. Kebiasaannya, flashmob dilakukan untuk membuat kejutan
kepada seseorang atau untuk berhibur. 


Contoh Video Flashmob : Siti Nurhaliza-Falling In Love



Gambaran para peserta Flashmob yang sedang gait berlatih
sementara menjelang hari Kejohanan Olahraga IPGKPT Ke-50
Semoga persembahan gimik kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar & sempurna..


Terima Kasih Banyak Bro Jai  !!
 



Wordless Wednesday #15 : tudiooo....!

.
Assalamualaikum wbt




Akar ilmu itu sememangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat


Larian Mesra 1 Malaysia

..
Assalamualaikum wbt



Berlangsung di Taman Tasik Permaisuri Jumaat lepas, Kejohanan Larian Mesra 1 Malaysia 
anjuran IPG Kampus Teknik dengan kerjasama semua pelajar 5 PISMP. Alhamdulillah,
pergerakan majlis berjalan dengan sempurna dan meriah seperti yang dirancangkan.
Tahniah kepada semua kawan-kawan sebatch terutama dari ahli majlis tertinggi kerana
telah berjaya mengendalikan tugasan pertama ini. Tidak lupa juga buat para pensyarah
pembimbing dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat ini kekal membara untuk KOT bulan depan !!



Tugasan Seterusnya : Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 IPGKPT !!
go go go !!


Tips membeli kasut sukan


Assalamualaikum wbt



Di sini saya kongsikan tips ketika membeli kasut sukan :

Beli kasut mengikut jenis sukan yang akan kita ceburi
(running shoe, walking shoe, athletic shoe etc.)

Pilih kasut yang bertapak lembut dan sesuai untuk menjalankan aktiviti lasak.
Lebih baik sekiranya jenis kusyen pada tapak tersebut ringan dan elastik.
(beri keselesaan kepada jari kaki dan tumit ketika bergerak)

Beli kasut pada waktu tengahari/petang. Hal ini adalah kerana ketika itu, kaki kita
berada dalam saiz paling maksimum iaitu mengembang sempurna :)

Pastikan kasut yang dipilih tidak terlalu ketat atau longgar.
Make sure grab kaki dan selesa ketika dipakai serta tidak menyukarkan pergerakan.
(Sarungkan kedua-dua belah kasut dan cuba berjalan ke depan dan belakang)



p/s : Tambahan, tips penjagaan kasut sukan. Cuci tapak dan badan kasut secara ringan selepas aktiviti. Pastikan tiada tanah atau kotoran melekat. Tips ini sangat membantu dalam meningkatkan
jangka hayat kasut anda. Selamat Mencuba & Assalam :)



experiencing....

.
.
Assalamualaikum




Syukur kehadrat Ilahi atas kurnia-Nya ku masih mampu mengharungi kehidupan kini.
Berbekalkan anugerah kudrat empat kerat serta nikmat kesihatan yang ku gagahi ini,
aku mampu meneruskan hari-hari aku sebagai S.A selama genap sebulan insyaAllah..
Alhamdulillah syukur...
 


p/s : wherever you go, make sure that your heart totally there !! please enjoy it..


in mood



.
Assalamualaikum




Plenty of people miss their share of happiness, not because
they never found it, but because they didn't stop to enjoy it




p/s : life isn't about finding yourself but it's about creating yourself, guy
Jadi, jaga diri & peribadi. Life is too short. So, love truly & forgive quickly :)



MOTIVASI

.
.
assalamualaikum





Sesiapa pun suka terima galakan atau ransangan positif kan.. So, senang cerita, motivasi atau kata peransang adalah penting kepada manusia. Terlanjur cerita, ni nak share beberapa teknik memotivasikan murid-murid atau kanak-kanak dan remaja yang sudah bersekolah.
*tips ni saya share daripada pengalaman yang dihadapi sewaktu zaman persekolahan dulu... 


motivasi : keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha melakukan sesuatu dengan tujuan mencapai kejayaan (kamus dewan)


1. Berikan peluang serta ruang untuk murid mencuba sesuatu pekerjaan sehingga habis.
*murid akan belajar sesuatu daripada pengalaman sendiri


2. Menjadi pemantau atau fasilitator dalam setiap aktiviti kelas yang dilakukan.
*agar mereka rasa selamat


3. Sentiasa mengalakkan murid mencapai tahap tertinggi.
*merasakan bahawa guru mempercayai kebolehannya


4. Bersedia menjawab segala pertanyaan murid.
*"oh, care la cikgu aku nih... yeay!"


5. Membetulkan kesalahan (tugasan) murid dengan cara berhemah.
*jangan campur adukkan masalah emosi kita dengan kerja (guru)


6. Elakkan mengkritik secara terang-terangan apabila berlaku kesilapan.
*ini akan mematikan semangat murid !!


7. Puji murid setelah selesai menyelesaikan tugasan walaupun hasilnya tidak seberapa.
*insyaAllah pencapaian mereka akan meningkat kemudiannya..


8. Berikan tips-tips berguna agar mereka dapat tingkatkan pencapaian
dalam tugasan-tugasan seterusnya. Maklumat tambahan adalah sangat digalakkan.
*So, tidak timbul persoalan dalam diri murid coz guru dah beri panduan how n why :)




p/s : tips untuk amna bila bergelar cikgu nanti.. ingat yer :)
terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar amna. InsyaAllah jasa kalian
akan dikurniakan balasan yang setimpal dengan amal kalian mendidik kami.. insyaAllah..


Sekali lagi syukur...


.
.
.
assalamualaikum

 



TAHNIAH  buat 31 skuad dalam barisan KLM 12 atas kemenangan
bersemperna Pertandingan Kawad Formasi IPGMKPT 2011 !



 

Syukur atas limpah kurnianya, lebih kurang sebulan selepas pentauliahan pangkat, kita berjaya membawa pengakap satu langkah ke hadapan. Dengan moto Buat Habis Baik dan komitmen serta semangat kalian, ternyata kemenangan yang julung kalinya ini amat berbaloi-baloi :)



Terima kasih buat ketua pelatun, Ahmad Ilmi Abu Bakar atas tunjuk ajar dan kata-kata semangat yang tak lekang di bibir. Ternyata sifat kepimpinan tu terserlah dengan jayanya. Untuk kawan-kawan semua, ieja, bie, lieya, sekawan merah, azwan, epul, haziq, din, illey dan semua la, tahniah tau!! harap lepas ni ukhwah kita terus terjalin walaupun kursus Pengakap ni dah tamat :)


Entri berkaitan sila TEKAN SINI








terkilan



.
.
assalammualaikum


Semalam tiada kuliah namun datang juga kampus atas urusan lain. Kena jumpa lecturer, hantar rejister, bincang pasal persediaan Pameran Bahan Bantu Mengajar dll. So, nak beritahu minggu depan, Rabu dan Khamis akan berlangsung Pameran Alat Bantu Mengajar (Pemulihan Khas) di IPGM Kampus Teknik, Jalan Yaacob Latif. Semua dijemput hadir ! :)



 

MAKLUM : rasa sangat terkilan di atas kes 20 ABM kelas kami yang telah diserahkan (tanpa pengetahuan) kepada pihak-pihak tertentu. Bila difikirkan kepentingan kepada pihak tersebut dan anak bangsa memang tidak dapat disangkal, tapi mengapa tidak dimaklumkan terlebih dahulu...


Faktor tenaga, masa, komitmen dll semua itu perlu diambil kira sepatutnya. ABM tersebut juga pasti berguna kepada kami untuk berpraktikum dan proses audit MQA semester depan. Namun, disebabkan perkara sebegini, semuanya akan menjadi masalah buat kami (pelajar).


Apabila ditanya dengan individu berkenaan apakah tindakan yang boleh diambil, beliau langsung menyatakan "saya tidak dapat nak tolong, cuba usahakan cari ABM subjek lain".







T.T
(sedih . kecewa . terkilan)

Julung kali ni..

.
.
assalammualaikum




Alhamdulillah, hari ni selesai test Seni Dalam Pendidikan. So, hari ni habis-habis je paper terus gerak ke Serdang! Bukan nak pergi cari makan, jumpa kawan ke apa.. tapi pergi hanya sekadar nak TENGOK sekolah :)


SK Serdang, Kompleks Pertanian, UPM


Hata, dengan penuh takzimnya, saya dan 5 lagi guru pelatih IPGKPT akan ber-praktikum selama 4 minggu di sana. Then, disebabkan ini praktikum pertama untuk kami, jadi dengan semangat berkobar, hari ni lagi saya dah pergi ke sana menjengguk sekitar sekolah. Teringin nak lihat persekitaran, suasana, jarak & masa semua sebagai persediaan awal before tarikh sebenar.  (praktikum start Mac 2012)

   
 ( sekitar sekolah pada 00:13:05 ) 


Nampak gayanya, semester depan kena banyak berjimat. Belanja untuk perjalanan sahaja, untuk tol sebulan dah dekat RM50. Itu belum masuk minyak, makan, maintenance, ABM dan lain-lain lagi. That's why la, selalu dengar senior 'kering poket' sebelum masanya.. rupanya banyak pakai duit. Tapi takpe, ni kira pengorbanan la kan. good work kakak-kakak dan abang-abang! now, giliran kami untuk teruskan pengorbanan tu. InsyaAllah


p/s : harap dapat survive masa praktikum nanti. buat kawan lain, nabila, fifi, adib, aziz dan shahir GOOD LUCK! ni la medan sebenar kita nak uji segala skill dan keberanian yang ada :)
  

after 4 hari 3 malam

.
.



TAHNIAH kepada 44 sahabat KLM12 IPGMKPT
di atas pentauliahan pangkat pemimpin

 alhamdulillah...

" sekali berpengakap, selamanya berpengakap "



hilang 3 hari

.
assalamualaikum
 
 
 *gambar pergi hiking masa usia 18 tahun :D
 
 
Program : Bina Insan Guru
Tempoh : 3 hari 2 malam
 
 
*tak sabar nak jumpa abah dan ibu angkat di sana nanti..
hopefully rombongan 3 bas dari KL selamat tiba dan pulang :)


Ah! tidak......

assalamualaikum

   
anak kelasi membongkar sauh,
layarnya pula terkoyak kain,
walaupun kaki melangkah jauh,
janganlah lupa tempat bermain..

 
p/s : esok perlu gerak pulang ke KL coz lusa dah start kuliah !


mesti lebih tenang

assalamualaikum
masuk pagi tadi, sudah 3 hari kami berSBE di *SKSI4
alhamdulillah semua kerja yang dibekalkan lecturer
dapat diselesaikan sebahagiannya dengan bantuan
guru-guru di sini. Terima kasih daun keladi !
now kena rehat sebab esok kena jadi bidang terjun
untuk sediakan  *RPH murid-murid !
 for sure akan kena relief kelas MT dan BI tahun 3
get ready aaa... ZzZzZ... 


 be careful ! May become HOT  hahaha


ternyata bukan senang nak handle kelas berkapasiti 3+ murid 
*SKSI4 = Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4
*RPH = Rancangan Pengajaran Harian 

loni oyak kelatey da...

 
assalamualaikum
 
 
 
alhamdulillah, selamat tiba di
kami akan berada di sini selama seminggu b4 cuti hari raya.
Esok start la program School Base Experience (4th)
di SK Sultan Ismail 4. semoga dipermudahkan urusan, amin..


Terapi Pertuturan

 ..
..



TERAPI PERTUTURAN

Rawatan yang diaplikasikan untuk memperbaiki masalah
pertuturan yang mungkin berpunca daripada kecacatan atau
gangguan daripada otak, telinga, peti suara dan alat pertuturan lain.

Masalah ini akan menyebabkan melewatkan atau
kesukaran percakapan dalam berbahasa.

Terapi akan membantu kanak-kanak mengawal otot-otot mulut,
lelangit dan kerongkong dengan lebih baik sekali gus memperbaiki
penguasaan kemahiran bertutur masing-masing.

Terapi turut meransang kanak-kanak melakukan koordinasi pergerakan
pada otot-otot seperti melakukan pergerakan lidah dan rahang.

Aktiviti pernafasan panjang, menahan nafas dan melepaskan
secara perlahan-lahan, meniup belon, straw dan sebagainya
juga merupakan antara terapi pertuturan yang popular.

( sumber daripada Pn. Radin Mas HBM & duniacp )




Terapi pertuturan adalah penting dan harus dikuasai
oleh bukan sahaja pakar terapi dan guru-guru, malah
ibu bapa dan masyarakat juga perlu mempunyai  pengetahuan
tentang perkara ini, agar tidak berlaku kepincangan sekiranya
berhadapan dengan masalah pertuturan anak-anak kelak..





Kenangan Amali Terapi 28072011
Pra-Sekolah IPTek, Jln. Yaacob Latif

sesi suai kenal kepada aktiviti terapi

terapi meniup belon

terapi meniup lilin dari pelbagai jarak

bacaan pemintal lidah
( cth. : Jamal jolok jambu jumpa jepun... )

terapi catan menggunakan tiupan straw




Amali terapi ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan
dan Jabatan Pengajian Melayu. Usaha murni ini bertujuan memberikan
peluang kepada para guru pelatih mengembangkan kemampuan berkomunikasi
dan mendapat pengalaman berhadapan dengan bermacam situasi dan
masalah yang dihadapi kanak-kanak apabila berada di sekolah kelak.



 HAPPiLY EVER AFTER

p/s : Terima Kasih Teacher Zarina dan Anak-Anak Sekalian !


Kursus Asas Kawad Kaki

assalamualaikum

Semalam dan hari ni saya dan semua rakan semester 4 PISMP
telah join Kursus Asas Kawad Kaki & Kawad Formasi anjuran IPGKPT
dengan usaha sama JPAM cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Unit Kokurikulum. Terima Kasih & Penghargaan Buat :

Koperal Syarizan
Koperal Wazir
Lans Koperal Yazid 

..atas ilmu yang sangat bermakna sepanjang dua hari kursus ni !
memang terbaik la encik-encik kawal kami seramai 128 orang kesemuanya
sampai akhirnya kami berjaya memantopkan pengetahuan dana dunia kawad kaki
alhamdulillah.... dengan bantuan pegawai JPAM dan berkat Rahmat Tuhan :')


( mana cik amna ? jawapan yang tepat akan memenangi hadiah MISTERI )

tarikh tutup 31 Julai 2011


p/s : COMMENT akan di APPROVE pada 31 Julai 2011

SELAMAT MENCUBA.. klue : tudung hitam

Memandu sebagai hobi

assalamualaikum

siapa dalam kalangan anda semua suka memandu ???
tak kisah la bawa kereta auto ke manual... asalkan memandu..
kalau anda pemandu 'manual', aku mmg tabik super spriing pada anda ^.^

 

sejak mula memandu seawal tahun 2008 yang lepas, aku telah jatuh cinta
dengan aktiviti ni dan lantas menjadikannya HOBI kesukaan !
kalau dalam seminggu tak dapat drive or pegang stereng pun boleh naik gila wa cakap lu..
sekarang aku beruntung sebab dapat bawa kereta dak abah di kampus
(gara-gara duduk rumah sewa, so nak tak nak abah kena support kejap..) 

KELEBIHAN memandu :
memantapkan strategi pemanduan ala-ala F1
mengisi masa lapang (bila weekend xde plan ape2)
kurangkan stress & tekanan kerja / assignment
mengurangkan 'kancing gigi' akibat keinginan melampau nak drive
meningkatkan skill yang kita belajar time latihan di sekolah memandu dulu
 

KEKURANGAN memandu :
akan menjadi bahan suruhan kakak/abang untuk pergi ke kedai
parent minta anda drive time otw balik kampung / family trip
sentiasa dihujani nasihat daripada family, uncle dll bila nak berjalan jauh
(cth. : balik ke kampus, keluar dengan cazen reramai dll)
bila buat salah sekali, beribu tomahan diterima walaupun tu la sekali kita buat

{ bahan : hantar & jemput adik ke tuisyen }

p/s : terpulang la kepada anda untuk menjadikan pemanduan anda seperti apa..
eh, ape kena mengenanya kan... btw, DRIVE CAREFULLY !! ingat insan tercinta