sejarah

ABM dislexia

assalamualaikum

baiklah, pada entry sbelum ni kita dah cerita sikit tentang apa itu dislexia.
so, ni nak kongsi sikit di antara bahan bantu mengajar dan belajar yang boleh
diwujudkan oleh para guru atau ibu bapa yang sedang berhadapan masalah
dalam membantu murid-murid atau anak-anak di rumah :)

Bahan bantu mengajar dan belajar (ABM) ni merupakan hasilan projek
saya dan pasangan, cikgu arizza untuk tugasan KKBI semester lepas.
jadi, tujuan kali ni sekadar nah kongsi idea yang dah kami janakan dalam projek
di bawah mata pelajaran Pemulihan ( EDU 3104 ) :

Projek : Pendidikan Pemulihan
Idea : 'Kotak Ajaib'
Sasaran : Murid Pemulihan / Dislexia

gambaran keseluruhan ABM
( gambar ketika ABM dalam proses pembinaan )
 ABM ini dipecahkan kepada tiga aktiviti utama iaitu :
- mengenal dan menyebut huruf yang hampir serupa
- memadankan puzzle huruf yang disediakan
- membentuk huruf menggunakan jari pada ruang huruf
- membina huruf menggunakan plastesin anti-toksin
- bermain sambil belajar ( dalam laci rahsia )
 
murid perlu memilih huruf yang betul dan padankan pada ruang yang disediakan
pemilihan warna juga adalah berbeza daripada latar yang dipilih :)

setelah mengenal huruf, murid perlu membuka butang pada kotak dan 
mengeja perkataan yang dipaparkan. perkataan yang dipilih adalah KV + KV
gambar juga disediakan bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap perkataan
 
plastesin anti-toksin digunakan oleh murid untuk membentuk huruf yang telah dipelajari
teknik ini juga akan membantu menambahkan lagi keupayaan kinestetik murid dalam penulisannya
sebuah 'pulau' disediakan di tengah ABM untuk kegunaan murid ketika menjalankan aktiviti

bahagian terakhir pula adalah bermain sambil belajar. 
kali ini murid akan menjalani permainan yang telah disediakan oleh guru pada kotak ajaib
setiap kotak huruf akan disediakan bersama satu jenis permainan yang menarik
pengaplikasian permainan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat murid
untuk terus belajar huruf dan melakukan aktiviti-aktiviti membentuk dan mengeja huruf
permainan ini juga hanya akan diberikan kepada murid setelah mereka berjaya menyelesaikan
aktiviti-aktiviti lain sebelum itu. Arahan yang jelas juga dinyatakan pada setiap permainan.

 diantara permainan yang disiapkan oleh guru pada ABM

p/s : sebarang penambahbaikan amat diharapkan ^^

2 comments:

NzA said...

budak2 dislexia ni mmg boleh dikenal pastiseawal mrkmengenal huruf lagi...akak dh menghadiri kursus n dh byk sk diwujukkan kelas2 pemulihan khas utk murid2 brmasalah ini.......

amna said...

cikgu : assalamualaikum. aah. bulan lepas saya ada buat ROS di SK Simpang 5 Pekan. di sana ada kelas khas dislexia :)