sejarah

bait-bait hariku....

 .
.
Assalamualaikum



 Pertamanya, mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan nikmat kesihatan dan rezeki sehingga ke saat ini. Alhamdulillah... Btw, korang dah sedekahkan al-fatihah pada mak dan ayah belum ? Kalau belum, silakan.. ayuh, bismillahirahmanirahim... al-fatihah...



Pagi tadi dapat berita pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu merangkap bekas pensyarah yang pernah mengajar saya sewaktu pre dan semester satu kini berada dalam keadaan kritikal. Beliau yang didiagnosis menghidapi kanser perut tahap 4 sejak 2 bulan lepas kini bercuti dan menjalani kehidupan bersama anak-anak dan isteri. Bila teringatkan beliau, hati meruntun sebak. Ntah la, banyak dah jasa beliau pada kami semua. InsyaAllah semua ilmu yang diturunkan akan kami panjangkan kepada anak didik dan yang lain agar pahalanya sentiasa dilimpahkan kepada encik. amin..



 Encik Awang Ismail,
Apa pun yang berlaku semua dengan kehendak Nya
Percayalah, kami anak didikmu tidak akan pernah putus berdoa
dan berharap kepada Allah s.w.t agar meringankan
kesakitan yang encik tanggung selama ini. InsyaAllah...



p/s : Pertemuan beberapa minggu yang lalu persis jelas keceriaanmu. Namun aku tahu, jauh di dalam tersembunyi berjuta penderitaan. Perwatakanmu yang disenangi ramai akan membuatkan dikau sentiasa dalam hati kami. Setulus kasih buatmu.. Semoga dikau kuat mengharungi kehidupan ini  :') 
 

35 comments:

Nia Ridzwan said...

sebak :')

semoga Encik Awang tabah.

aiEz said...

disebalik satu senyuman sembunyi seribu rahsia dan derita...amna,manfaatkan ilmu yg telah dipelajari dari guru yg terdahulu,moga segala ilmu yg diperturunkan diberkati selalu...

semutsengal said...

yaa,
mudahmudahan segalanya dipermudahkan.


Amin.

amna said...

CIKGU.NIA: amin, kami merindui kecindannya :')

MR.AIEZ: terima kasih mr.aiez :') InsyaAllah akan ingat pesan ni selalu..

MR.SEMUT: amin... yakin Allah akan tentukan yang terbaik :)

Amri Abd Rani said...

Jasa guru xkan terbalas mcm jasa dan budi mak bapak jugak....
moga beliau tabah dgn ujian Allah...

Unknown said...

ciannya..
kanser plak tuh huhu...

amna said...

MR.AMRI: amin.. insyaAllah

MISS.MANIAC90: kami yang dpt berita ni pun tersentak. siapa sangka kan..

stalker hebat ! said...

ujian tuhan utk hamba2'NYA.

ILA HonEyBuNNy said...

Ya Allah....

semoga encik awang tabah dan kuat hadapinya....insyaAllah...

jeBateja said...

moga beliau cepat sembuh...apa puncanya erk....kanser perut ni....

Anif Abdullah| AA said...

yepp,yang berlaku semuanya dengan kehendak Nya.. tabah :)

NzA said...

biasanya begitulah, org yg disayangi ramai akn cpt pergi..apapun kita doakan yg trbaik utk En Awang Ismail sekeluarga.....amin.

Abu Bagi said...

kasihan en awang, semoga beliu tabah mghadapi dugaan hidup..
dgr pasal kanser ni aku jadi takut.. kita nampak sihat, siapa tahu..huhuhu semoga kita hidup sihat walafiat hendaknya aminn..

Juliet_iRa~" said...

amna belajar kat mn?
my lecturer pon br je meninggal sbb kanser last week..
tp dia bthan lbh kurang setahun..
sgt kuat!
dia mmg ceria sntiasa dpn kami..
tp nmpk la dia mkin kurus..muka cengkung..

sgt sedih tgk dia..husband dia pon lcturer kami juga...
2-2 ni dl kaunselor skolah n skang ni mengajar subjek2 y mcmtu di IPG..

nmpk la dia mmg kuat n tabah..
sbb xpnh tunjuk pon y dia sakit..

wuwuwuw..:((

Mek Onie said...

semoga dia cepat sembuh .......



p/s:selamat hari raya aidiladha <3

amna said...

MR.HEBAT: yup, alhamdulillah en.awang redha dgn takdirnya..

MISS.ILA: amin. Beliau skrg dlm keadaan lemah. Mengalami kesukaran utk bckp, brgerak dan tidur

MR.JEbATEJA: x sure. ayuh googling ^^

amna said...

MR.ANIF: setuju. caturanNya tiada siapa bisa menduga :']

CIKGU.NZA: insyaALLAH.. harap2nya begitu..

MR.ABU: betul tu. siapa sangka insan yg b4 ni nampk sihat dan cergas tapi alih2 tahu dikesan hidap stage 4 cancer. kita semua ni pun x tahu apa yg berlaku sedetik lagi..

amna said...

CIKGU.IRA: saya IPG kampus teknik di cheras. innalillah.. semoga rohnya dalam kalangan yang beriman. amin..

jangan risau dia di sana, yg penting kita yang masih ada kudrat ni doakan utk dia :')

MISS.ONIE: amin.... salam aidiladha juga cik onie :)

Diyana said...

semoga beliau cepat sembuh

salam aidiladha

shamyheart said...

Semoga beliau diringankan beban kesakitan. bila pensyarah kita, rasa rapat, kan.

Bila pensyarah Sha meninggal dunia, rasa kenangan tu kembali tertayang dan terasa sedih sangat, dekat seminggu juga la.

anumuchan said...

moga lecturer tu semakin sihat harapnya.selamat hari raya haji..

Unknown said...

semoga encik awang tabah menghadapi penyakit nye...dgn doa student2 nye...insyallah...

Juliet_iRa~" said...

ooh...ppismp ke pismp?
tu la..moga ur lecturer pon kuat dan tabah dlm mghadapi sakitnya..

Anonymous said...

Sedihnya :'(

Ainsha said...

sedihnya, raya2 ni kesian kat keluarga pensyarah akak...moga depa kuatlah..amin

Daddylicious said...

sesuatu yg tiada siapa mampu jangkakan...redha sahaja.

adwafarahin said...

semoga tuhan mengurangkan beban yg ditanggung beliau amin.

*salam aidiladha jiha!

amna said...

MISS.DIYANA: amin. salam aidiladha :)

MISS.SHA: innalillahiwainnailaihirajiun. moga2 Allah tentukan yang terbaek buatnya :')

MISS.NAA: salam iduladha juga cik naa :)

amna said...

MR.PAMIFZ: insyaAllah, amin ya rabb :)

CIKGU.IRA: amin.. :) PISMP sem 4 dah ni :) hehe

DIK.NAJWA: takpa, kita doakan :)

amna said...

MISS.AINSHA: insyaAllah, moga kuat dan tabah :)

MR.DADDY: setuju sgt. kita semua ni pula siapa tahu kan..

MISS.ADWA: salam iduladha cik adwa. korban kobau kan? best3~

Aleen Aiden said...

semoga segalanya dpermudahkan untuk lecturer kamu tu.siannye die..

dhiera zainudin said...

sebak baca entri ni~

salam aidiladha dear~

Sophie Al-Yahya said...

saya difahamkan, kanser perut ialah kanser yang paling sakit dalam banyak2 kanser. Al-Fatihah.

Unknown said...

sedihhh , semoga en awang okay :(

salam aidiladha kak amna !

amna said...

MISS.ALEEN: amin.. insyaAllah :)

MISS.DHIERA: salam iduladha..

MISS.SOPHIE: al-fatihah..

MISS.FARA: begitulah hendaknya..