sejarah

cikgu


assalamualaikum

kt kelas tadi, lecturer panggil ak 'cikgu' !!!!! what?? terasa mcm gayat pulak bile dpt gelaran baru tu mcm hari2 biasa, arini ak buat 2 persentation wok. nasib x kena banyak sgt komen kcuali kesalahan ttbahasa kt slide. kena pulak lecturer yg ala ala munsyi dewan. mmg kena peka la.. tapi banyak bagusnya dpt lect mcm ni. buat kite beringat selalu
alkisah dgn perkataan 'cikgu' tu la.. ak & classmate ak, si dak piqa dok story pasal cikgu2 kamik time skolah dlu. paling best bila ak terkenang betapa nakalnya masa sekolah dulu. gile babsatu punya nakal. sumpah x tipu. tpi tu semua dulu.. hehe ( sekarang jadi orang da alhamdulillah.. )

entri ni bukan nak buka aib, cumaa..
okaay start :  

1994 
ak telah terpukul seorang rakan lelaki yang masa tu diserang penyakit cacar air (chickenpox). ciss, mana taknya.. klo anda semua pun, mesti geli kan. aisey.. pastu leh pulak die menangis & ngadu kt cikgu. Nasib tak kena denda wok. Time tu usia ak cuma 4 tahun. hahaha.. kecik2 dah nak jdi samseng -.-''

 1998 
ak telah digertak oleh seorang ustaz (kt johor kan ade sekolah agama petang) sebab ak baca buku mastika time die mengajar kt depan. im only 8 that time ustaz. sedih tauu. buku dak kawan yang bawa g sekolah.. pasal jakun sgt, selit la majalah tu dlm kitab yang tgh belajar tu. sekali dgn kaki masuk dalam laci dgn tak pakai kasutnya (hahaha, teruk kan.. ? ish3..). nak jadikan cerita, ustaz tu terperasan agknya, trus die melulu ke tmpt ak & sentap mastika kt dlm kitab tu. Tak cukup lagi, beliau halau ak keluar kelas & cempak sekali kasut sekolah sama mastika tu ke luar pintu. malu !!!! pastu, duduk la luar 30 minit sambil nagis2. Nasib ustaz pujuk balik masuk elok-elok. hehe.. sayang ustaz jaiz :')

 1999
 berlaku pergaduhan kecil antara ak dgn seorang rakan lelaki. heehee.. asalnya, main ejek-ejek nama bapak masing-masing la tu. then, nta ap kes, ak telah dibackup oleh sorg guru time tu & budak laki tu kena sepak dgn cikgu. ngeee. rasa bersalah pun ada pastu. sorry hidir :P




2001 
ak beratem mulut sama sorang budak perempuan kelas ak. paling ak ingt la, moment gaduh ni paling terbaeq ! budak perempuan tu tetibe libatkan dak abang die sekali dlm pertengkaran kami. dah jadi besar.. sampaikan ak geram sgt dgn die, ak g tolak meja die kt kelas sampai die menangis. then nta cmne, abang die dtg dekat dgn ak dgn penutup tong sampah & nak pukul ak. nyaris-nyaris terkena, tpi sempat ustazah ak dtg halang. sumpah trajis gile time tu. semua dak-dak kecik tgk. fuh! gengster siutt.. grrr!
* sampai skrg, ak tak bpe nak rapat dgn dak perempuan ni.. sorry3~
2002 
ak telah disepak (tampar) oleh seorang guru bahasa inggeris gara-gara salah faham. sebenarnya, teacher tak suka dgn ak pun, coz beliau kata ak selalu bawa pengaruh negtve pada kawan2. tapi ak rasa takde pon tau :'(  kalo ak kenang balik, sedih sgt zaman tu. nta apa yang tak kena ak dimata beliau. semua yang ak buat utk beliau, semua tak kena. apa pun, ak harap teacher sihat-sihat je. kalao ad rezeki terjumpa teacher, ak nak sangt mintak ampun.. 


selepas U P S R 
ak telah dihantar ke unit kaunseling oleh teacher coz ade la hal yang buat beliau tak senang. dan ak redha bila kena kaunseling tu. bila fikir-fikir, bagus sgt2 teacher hantar ak kaunseling coz kalau tidak, tak tau la ak yang hari ini duduk depan PC ni jadi apa kan..


p/s : namun semuanya hanya sejarah. ak kini sedar apa yang baik & tidak. apa yang berlaku pun dh terjadi.. cuma skrg hanya perbaiki diri sendiri & atasi kelemahan yang ada. mungkin ak tak cukup sempurna seperti anda semua. namun ak akan cuba yang terbaik buat hari yang akan datang
* mcm slogan pengakap, KAMI BUAT SEHABIS BAIK !!
(nak jugak selit kan.. hahaha..)

3 comments:

Cikgu Fonik said...

salam,

nakal dulu nnt sng nk handle nakal sekarang

PCL said...

sejarah dan pengalaman mengajar kita tentang semua tu dan mungkin boleh dipraktikkan masa hadapan bila kita bergelar pendidik suatu masa nanti..

amna said...

cikgu man : insyaAllah... sekurang-kurangnya leh faham jiwa anak2 nakai nih :D

pakcik Lie : amin.. yang lepas mengajar kita bertindak untuk hari esok :)