sejarah

10 Muharam

Bersamaan : 16 December 2010, Hari KHAMIS ini..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
  
Antara amalan yang sunat dilakukan pada 10 Muharam adalah : 

Luangkan masa / belanja anak isteri
~ Allah lapangkan hidup pada tahun itu ~

Muliakan fakir miskin
~ Allah lapangkan kuburnya kelak ~

Tahan Marah
~ Tergolong dalam golongan orang yang redha ~

Tunjukkan orang sesat
~ Dikurniakan cahaya keimanan dalam hatinya ~

Usap kepala anak yatim (belum baligh)
~ Dikurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap helai rambut ~

Sedekah
~ Jauhkan daripada neraka. Dapat pahala mcm sedekah pada semua fakir di dunia ~

Pelihara kehormatan diri
~ Kurniai hidupnya dengan cahaya keimanan ~

Mandi Sunat
~ Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu ~
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak
~ Tidak akan sakit mata pada tahun itu ~ 

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali
~ Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti ~

Sembahyang sunat 4 rakaat
~ Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya ~
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali

Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer"
~ Tidak mati pada tahun itu ~

Menjamu orang berbuka puasa
~ Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa ~ 

Puasa
Niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
~ Diberi pahala 1000x Haji, 1000x umrah dan 1000x syahid dan diharamkannya daripada neraka ~


Ayuh sama-sama lipatkan amalan pada 10 Muharam. Setahun sekali saje
SELAMAT BERAMAL



2 comments:

Cikgu Fonik said...

as salam,

alhamdulillah boleh buat calon isteri ni :)

amna said...

salamualaik..

masyaAllah, info ini utk tatapan bersama. huhu~

jangan lupa puasa ye esok :)