sejarah

Kasih Guru


Tajuk : Taare Zameen Par
Pengarah : Aamir Khan
Terbitan : Aamir Khan Production

Cerita ini sangat menarik..
ak dapat daripada classmate ak yang dia dapat daripada roommate
dia yang dapat daripada kakak kepada classmate ak tu. cerita ni lambat klimak
kalo nk judge best x best kena tgk. sebab lepas tanya kat
kawan-kawan & saudara saudari yang dah pernah tengok,
macam-macam pendapat & reaksi diterima. ada yang cakap best,
ada yang kata bosan & ada yang cakap "bese jer..".
masa mula2 ak tgk cite ni mcm bosan, tpi bila sejam lepas tu..
timbullah bibit2 sedeh. auu..au.. sob3~
before tonton cerita ni, owner die ada ckap
"sediakan tisu kt sebelah ko"
hahaha, mmg sedeh. rasa kasihan & terpegun dengan keadaan yang berlaku.
 ada juga insan sebegitu. kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurnia
Tuhan kepada kita. Jaga & hargailah setiap nikmat tersebut. InsyaAllah...

TEMA:
kasih sayang di antara seorang guru dan anak muridnya.

SINOPSIS :
mengisahkan kanak2 berusia 8 tahun bernama Ishaan yang mengalami kesukaran untuk membaca, mengenal huruf dan perkataan. Kekurangan tersebut turut melibatkan kehidupan seharian Ishaan dalam pergaulan.
Disebabkan keputusan yang amat mengecewakan tambahan tomahan dan aduan yang diterima di sekolah, Papa Ishaan, Mr. Nandakishoor telah menghantar Ishaan ke sebuah sekolah asrama (sekolah elit) untuk mendapatkan pendidikan terbaik disamping dengan harapan agar sikap "malas" pada Ishaan yang disangka oleh beliau dapat diubati dengan disiplin di sekolah asrama.

Untuk memuaskan hati kedua Papanya, Ishaan mengikut sahaja perintah bahawa dia terpaksa dihantar ke sekolah asrama. ketika di sana, Ishaan menjadi seorang yang lebih pasif & tidak berkeyakinan. Setiap perkara yang dipelajari tidak dapat didalami sepenuhnya. Rajan, rakannya lah yang banyak membantu & setia mendengar rintihan Ishaan di sana.

Ketika di sekolah ini juga lah, sejarah terlah tercipta, apabila Ishaan berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan penggalnya. Rupa-rupanya, Ishaan mengalami penyakit digelar Dylexsia. Rahsia ini telah dibongkar oleh guru penganti subjek Pendidikan Seni-nya, Mr. Nikum.

Klimaknya, Ishaan menjadi johan dalam pertandingan "Art Mela" yang dianjurkan oleh sekolah nya, serta berjaya mendapat keputusan cemerlang & peningkatan dalam pembelajarannya.

taare zameen par Pictures, Images and Photos
~~~~~~~~ EVERY CHILD IS SPECIAL ~~~~~~~~~
..: kasih guru insyaAllah membawa kepada kebahagiaan berpanjangan :..

-- selamat mencuba --

4 comments:

airie said...

cam best je ckgu...
mane nk dpt?
huhu

amna said...

salam~

cuba airie downloud daripada internet.

saya dapat drpd kawan. nk bagi mcm ne eh?

airie said...

ok...i try...
pos kt uma bleh?
huhu

amna said...

pos ke rumah? haha..
seyes?~ :T