sejarah

Lelap / Tidur Dalam Solat ?



Assalamulaikum


Sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat 
Adakah solat akan terbatal ?





Jawapan : 

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat
dan perkara ini tidaklah membatalkan solat & wudhuk.
Walaubagaimana pun, jika kita benar-benar tertidur ketika solat,
maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut :

1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang 
duduk iaitu punggung kita berada tetap 
di atas lantai, tidaklah batal solat.
 
2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang
berdiri atau sedang rukuk atau sujud,
batallah solat mengikut pandangan yang
muktamad dalam mazhab Syafiie.


Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi
dalam kitabnya “al-Majmuk” :
“Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika
sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal
solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie)"



Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya
(dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. 

Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya :
“Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan
bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya”

 
(Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).

sumber dari Sohibul Bait

25 comments:

Shamsuddin Amin said...

x pernh la pulak terlelap...
kecuali bile imam bace terlalu panjang n lembab... LoL

Niena Pengembara Ilahi said...

msa stdy dlu tiap mlm kna solat jemaah, ada la kwn2 yg penat sgt smpai tertidur hehe, org dh rukuk, sujud.. dia berdiri lgi..

Niena Pengembara Ilahi said...

msa stdy dlu tiap mlm kna solat jemaah, ada la kwn2 yg penat sgt smpai tertidur hehe, org dh rukuk, sujud.. dia berdiri lgi..

tia @ Ini Kisah Tia said...

masa Tia PLKN ada pernah bincang pasal ni .. terima kasih sebab mengingatkan balik :)

amna said...

MR. SHAM : kadng2 letih sangat tu yg siap terlelap tu.. huhuhu

MISS NIENA : kalau solat fardhu kena la ulang kan.. ^^

SELAMAT BERBUKA. BW THEN

Papa Mifz said...

ada eh org tertido time solat...itu mesti ngantuk tahap gaban tuh...

tomatokering :) said...

wee ~ tengs for the info .. tpi takat ni tak penah lg lah nak trtido time solat..he

iMBobo said...

pernah terlelap masa kem motivasi sekolah dlu, masa tu solat subuh.. mana taknya, tidur pukul 4 kot sebb masuk hutan..hehe thanks utk info ni :D

syrupmasin said...

err..mase qiamulail dekat sekolah dulu selalu tertido :P

LiLy @ MumMyQiStInA said...

mesti letih sgt..tu yg blh menyebabkan terlelap..

Nice sharing.. ;)

muhamad hanif said...

masa kecikkecik dulu, feveret aku tdo time sembahyang..


apa pun tak boleh.AHAHHAHAHAHA

ILA HonEyBuNNy said...

kadang2 orang yang terlelap tu mesti letih sangat2 or makan kenyang kan..hehe

tapi ingat ustazah pernah cakap kan..kalau kita mngntuk nak solat..lebih baik tido dlu kemudian bgon solat after 10 0r 15 mint tido kan...betul x? ila terlupa lak ilmu2 y di pelajri..eheh

aiEz said...

Ni kalau letih sangat mesti tertidur masa solat..pernah tgk sebelum ni kes macam ni..heh

*terima kasih kongsi2 ilmu..;)

amna said...

Assalamualaikum wbt :)

MISS TIA : sama-sama.. share info yg dibaca ^^

MR. PAMIFZ : mesti la, kalau idok tak kan semena-mena nak tido dlm solat,kn.. huhu

MISS TOMATO : sama2. sharing is caring

MR. BOBO : sama la, kalau dlm keadaan letih plus belengas2 pepagi cmtu jwbnya lelap la :[

MR. SYRUPMASIN : huhu.. alhamdulillah. qiam2

SIS LILY : aah kot. kalau idok sampai tertido :D

MR. M.HANIF : awatnya hg lagu tu?

MISS ILA : aah. kalau lpar pun, mak selalu pesan jamah mknn dlu b4 solat..

MR. AIEZ : betul tu.. tu la org suh ambil air sembahyang yg betul2, kasi semua syaiton2 jauh. :D

WASALAM, BW KEMUDIAN.. selamat bershur n berpuasa ^^

zEri sAfEerA said...

hee dah besar2 ni mmg xpnah la trlelap dlm solat. tp kalo trlelap dengar tazkirah, ya. hehe :D
btw, nice sharing :)

.izzati liyana. said...

sampai tidur dalam solat. wah, penat betul tu. saya takde pulak experience cam tu. tapi baguslah. bagi info. mane taw TER ke kan. hihi.

amna said...

MISS ZERI : alhamdulillah :) rasanya b4 nak dgr seramah ke apa, kena pasang niat dulu, kan.. saya pun selalu je ngantuk :(

amna said...

MISS IZZATI : huhu.. sama2. just share pengetahuan yang baru dipelajari ^^

qlah said...

SALAM SIS .

qlah tak pernah lg terlelap . hehe . bernagan dlm solat ada ler . hehe ;)

*lariks... malu . hehe

sobri yaacob said...

wah.. byak lagi x tau ni..
tq 4 sharing.. tambah2 bab yg tidur2 tu :)

amna said...

MISS QLAH : huhu.. berangan? samo la kito

MR. SOBRI : sama2. kongsi info :)

ieqa said...

Good info ;)

Setakat ni tak pernah lagi laa terlelap masa solat. hehe

amna said...

MISS IEQA : sama2 kita belajar perkara baru.. mana tau satu hari nnti ada orang bertanya, boleh la kita jawab ^^

dhiera said...

thanx sharing this~
pernah juga terfikir.

salam perkenalan

amna said...

MISS DHIERA : salam perkenalan :) sama2.. tq singgah