sejarah

Terapi Pertuturan

 ..
..



TERAPI PERTUTURAN

Rawatan yang diaplikasikan untuk memperbaiki masalah
pertuturan yang mungkin berpunca daripada kecacatan atau
gangguan daripada otak, telinga, peti suara dan alat pertuturan lain.

Masalah ini akan menyebabkan melewatkan atau
kesukaran percakapan dalam berbahasa.

Terapi akan membantu kanak-kanak mengawal otot-otot mulut,
lelangit dan kerongkong dengan lebih baik sekali gus memperbaiki
penguasaan kemahiran bertutur masing-masing.

Terapi turut meransang kanak-kanak melakukan koordinasi pergerakan
pada otot-otot seperti melakukan pergerakan lidah dan rahang.

Aktiviti pernafasan panjang, menahan nafas dan melepaskan
secara perlahan-lahan, meniup belon, straw dan sebagainya
juga merupakan antara terapi pertuturan yang popular.

( sumber daripada Pn. Radin Mas HBM & duniacp )




Terapi pertuturan adalah penting dan harus dikuasai
oleh bukan sahaja pakar terapi dan guru-guru, malah
ibu bapa dan masyarakat juga perlu mempunyai  pengetahuan
tentang perkara ini, agar tidak berlaku kepincangan sekiranya
berhadapan dengan masalah pertuturan anak-anak kelak..





Kenangan Amali Terapi 28072011
Pra-Sekolah IPTek, Jln. Yaacob Latif

sesi suai kenal kepada aktiviti terapi

terapi meniup belon

terapi meniup lilin dari pelbagai jarak

bacaan pemintal lidah
( cth. : Jamal jolok jambu jumpa jepun... )

terapi catan menggunakan tiupan straw




Amali terapi ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan
dan Jabatan Pengajian Melayu. Usaha murni ini bertujuan memberikan
peluang kepada para guru pelatih mengembangkan kemampuan berkomunikasi
dan mendapat pengalaman berhadapan dengan bermacam situasi dan
masalah yang dihadapi kanak-kanak apabila berada di sekolah kelak.



 HAPPiLY EVER AFTER

p/s : Terima Kasih Teacher Zarina dan Anak-Anak Sekalian !


29 comments:

adwafarahin said...

terapi pertuturan jarang pulak adwa dengar
interesting! :)

dill said...

amna cikgu pra-skolah eh? :)

dill.

amna said...

MISS ADWA : antara topik yang paling interesting la awak ^^ *jap g saya smpi blog cik adwa. by turn tau.. rindu ^^

MISS DILL : saya guru pelatih kursus Pemulihan BM SRK. huhu

LiLy @ MumMyQiStInA said...

owh..amna ni guru pelatih ye..
sonok melayan budak2kan.. ^_^

ABU said...

aku rasa aku perlukan terapi ni la..
aku mghadapi masalah pertuturan ketika aku sedng marah..hahahahha

NzA said...

info yg amat brguna ni....

amna said...

AS'SALAM :)

SIS LILY : aah. masih belajar lagi, kak :) sangat seronok walaupun berhadapan dengan tingkah laku di luar jangkaan :D

MR. ABU : kalau marah tanpa suara tu dah kira bagus sangat.. tapi kadang kala, marah itu harus dilepaskan. apa kata mr.abu bercakap dengan objek lain.. utk permulaan ^^

CIKGU NZA : terima kasih, cikgu ^^

.izzati liyana. said...

wah. mcm2 terapi..

amna said...

MISS IZZATI : ini baru Terapi Pertuturan, kalau semua anggota, macam2 jenis lagi.. Terapi Main, Terapi Cara Kerja, Terapi Air dsb ^^

ILA HonEyBuNNy said...

yeahh..tahu serba sedikit tentang perapi pertuturan...

thanks atas info...

bestkan dekati dengan budak2 comel..

amna said...

MISS ILA : they're all unpredictable and innocent :')

sya hassan said...

msti sronok dpt maen2 ngan bdak2.. diorg ikot je ape kite sruh.. hee

p/s : jamal jolok jambu jumpa hantu jepun.. ehh2 silap jumpa jepun.. haha

amna said...

MISS SYA : mula2 ikut. lepas 5 minit, mula la masing2.. kakak.. kakak.. hurm, sabar jela. innocent sungguh =.='' heee

Abang Stalker said...

pic no4 tu amna! ;)

dan yg last skli side knn. :D

terapi ni bole gn tuk org besar x?haha

Wanie said...

seronoknye dapat main ngan budak2..

terapi pertuturan, kalau dalam BI speech therapy la kan? huhu

sy tau kos ni..:)

amna said...

ABG. STALKER : assalam :) yang no4 tu kawan saya. saya tukang ambil gambar je :']

MISS WANIE : aah. tapi saya belajar bukn sbb nak jadi pakar terapi tapi sekadar pengetahuan buat bakal guru :) termasuk dalam komponen pembelajaran di IPG ^^

BW THEN ^^

Aisyah Aina said...

bacaan pemintal lidah tu best :P

amna said...

DIK AISYAH : kalau awak cari di google, banyak lagi yang best2.. then uji, kalau tak bole sebut dengan lancar, mesti ada somthing somewhre tut tut.. huhu~

shahjiehan said...

yang mana 1 amna nyeeee

sha my heart said...

ooo.. mcm tu..

boleh cuba ni kat knk2 ln.. intersting.

Tq 4 sharing =)

amna said...

MR. JIEHAN : saya bertindak sebagai penangkap gambar, so tiada la dlm gambar wahai sahabat ^^

MISS SHA : welcome. happy trying :D

syrupmasin said...

1st time dengar terapi nih :)

Abang Stalker said...

alamak..lpe bg salam :D

assalamualaikum amna..:) abg slh le eh.xpe..kim slm kwn ye. :P

aiEz said...

suka terapi ni..ingt kat sek ren dulu...

bacaan pemintal lidah..

jali jalan-jalan,jali jumpa jepun.jepun jolok jambu,jambu jatuh...jali jerit,jeng jeng jeng..hehe...;)

Azyan said...

waa,tiup lilin pun ada terapi.akak cikgu ek?

schaze zainn said...

1st time dgr terapi mcm ni :)

btw, dulu waktu seni pnh gak try hembus2 straw dgn water color tu..

amna said...

MR. SYRUPMASIN : huhu, takpe takpe, mai sama2 kita belajar ^^

ABANG STALKER : huhu.. takpe2 :D

MR. AIEZ : yeah! best2!

MISS AZYAN : bakal guru, insyaALLAH ^^

MISS SCHAZE : aah, aktiviti tu sama mcm dlm PS skolah rendah dulu :)

TERIMA KASIH. BW THEN ^^

Innanie | Ariffin said...

saya penah dengar ni dulu, masa ayah kena strok. alhamdulillah, ayah saya takde masalah pertuturan. dan terapi ni untuk budak yang lambat cakap kan?

amna said...

MISS INNANIE : lebih kurang mcm tu la. kami pun belajar tidak secara mendalam.. alhamdulillah, semoga ayah cik annanie dikurniakan kesihatan tubuh badan ^^