sejarah

hujung minggu di MUAR !


Alhamdulillah.. pukul 8.10 mlm tadi sampai juga ak ke maktab dengan selamat. Terima kasih kepada ani sebab telah susah payah menghantar aku dengan selamat :)

Balik-balik tadi terus gerak ke dewan untuk bantu kawan-kawan siapkan props untuk pameran semperna Seminar Literasi Bahasa under Jabatan Pengajian Melayu. Gitu gini siap la dalam 80% bahagian kami. Esok tinggal letakkan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk tatapan pengunjung yang hadir. Semoga segala usaha-usaha ni dapat dikongsikan bersama guru pelatih yang lain terutama adik-adik junior. Sesampai di bilik siap-siap mandi semua terus buka juadah yang bawa dari rumah petang tadi. Ada la sikit lauk ayam, sayur dan nasi. Makan malam ala kadar bersama roomate Syazlin dan Diba. Lauk pauk diserikan lg dengan kehadiran Ikan Parang masak asam pedas hasil air tangan ayah dak Diba, Pak Latif Melakau... haha. home made oke~ Thanks Sayangs Berdua :)

Selama 2 malam pulang ke Muar rasanya berat je punggung nk melabuh semula ke maktab. Tapi demi Seminar Literasi esok (Isnin) ak gagahkan juga niat untuk balik ni. Kalau ikutkan hati maunya ponteng seminar ni. Nak-nak final exam tinggal seminggu je lg. Persiapan mmg sah-sah la langsung.... haha. Ape pun, ak dh pun adde kt atas katil hostel ni. cet...  hidup perlu diteruskan !! 

Lepas ni pun rasanya mmg nak OFFline. Sediakan diri untuk hadir ke dewan jam 7.30 pagi (awaaal... sungguh) Before tidur nak wish la Happy Birthday kepada satu-satunya adik kat rumah tu, EQA. Jia doakan awk panjang umur, jadi anak yang solehah & dipermudahkan urusan dunia akhirat. Wish you luck for this coming Peperiksaan Akhir Tahun. Ingat janji jia. Work hard okeyh!

Terima Kasih kepada Abah dan Mak atas keriangan hujung minggu kali ni :
 Tanggal 24 Oktober . acceceh.. tua dah adik ak ni. haha
Makan malam hujung minggu tanpa kak nana

~ Salam kebahagian Buat Semua ~
Assalamualaikum wbt

2 comments:

Anonymous said...

...haApPy bIrThDay...

amna said...

terima kasih drpd pihak adik sy :)